Jumaat, 27 Februari 2009

Lawatan Majlis Belia WP Labuan ke MBDTutong

Serombongan 13 belia dari Majlis Belia Wilayah Persekutuan Labuan yang diketuai oleh Sdra. Yahya Hj. Bakri melakukan lawatan balas ke Majlis Belia Daerah Tutong pada 28 Februari hingga 1 Mac 2009. Rombongan tersebut tiba di Muara pada sebelah pagi Sabtu dan bertolak kembali ke Labuan pada petang Ahad.
Sepanjang berada di Brunei, mereka akan menginap di Plaza Halim, Tutong dan akan melakukan lawatan kerja di Pesaka.
Antara jadual yang telah diaturkan bagi rombongan tersebut ialah:
28 Februari 2009
Petang: Taklimat di Pejabat Daerah Tutong oleh Penolong Pegawaiu Daerah, Awg. Hj. Sofian Bungsu
Malam: Majlis makan malam bersama MBDTutong di Restoran Tanda Kasih Kg. Keriam.
1 Mac 2009
Pagi: Menghadiri Majlis Pelancaran Buku Penulis-Penulis Tutong di Dewan Serambangun, Tutong.
Tengah hari: Acara bebas di Bandar Seri Begawan.
Semoga lawatan ini dapat mempereratkan lagi tali silaturrahmi dan hubungan kerjasama belia dalam pelbagai bidang.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Majlis Belia Daerah Tutong dan semua yang terlibat kerana usaha kalian telah manjadikan lawatan daripada Majlis Belia Labuan ini suatu kunjungan yang cukup bermakna kepada kami semua.

    Diharapkan program ini biarpun nampak kecil tetapi tetap dapat memberikan impak yang begitu berkesan kepada kedua-dua negara dalam mengharmonikan jalinan perhubungan yang sedia termeterai disamping sebagai pencetus kepada program pemerkasaan belia di masa akan datang.

    Buat tuan/ puan yang dikasihi...

    budimu tuan bukan kepalang
    sampai sekarang tak habis bilang
    kenanganmu tuan tak kan hilang
    kan kami bawa di musim yang panjang

    sekian, wassalam.

    Zailina, S/U Kehormat Majlis Belia Labuan

    BalasPadam