JKTT MBB difahamkan bahawa Majlis Belia Daerah Brunei Muara (MBDBM) akan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan Labuan (MBL). Permesyuaratan awal MBDBM dengan MBNS telah diadakan bersama Presiden dan Setiausaha Agung MBNS pada 11 Disember 2008 bertempat di Tradres Inn, Gadong. Manakala rundingan untuk mengadakan perjanjian persefahaman dengan MBL telah diadakan pada 10 Januari 2009 bertempat di Labuan.
Sementara itu Majlis Belia Daerah Tutong (MBDTt) akan mengadakan kunjungan muhibah kepada MBL pada 25-26 Januari 2009; rombongan tersebut akan diketuai oleh Pemangku Naib Yang DiPertua MBDTt, Awang Ahanapi bin Hj Mahadi.
Semoga apa pun yang direncanakan dalam perjanjian persefahaman tersebut akan memberikan banyak manfaat kepada belia dan institusi yang terlibat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum
BalasPadamKedua-dua program yang dirancang bersama Majlis Belia Labuan telahpun berlangsung dengan jayanya. Diharapkan lebih banyak program dapat diadakan bersama agar dapat dimanfaatkan oleh warga kedua-dua negara.
Wassalam,
Zailina, S/U kehormat Majlis Belia Labuan